Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE mungkin akan mula dikilang pada bulan Julai, dilancar pada Ogos

Samsung telah memperkenalkan varian Fan Edition (FE) untuk siri telefon andalan Galaxy S20 pada tahun lepas, dan Samsung dijangka akan meneruskan lagi varian itu dengan pelancaran Samsung Galaxy S21 FE pada tahun ini. Menurut penganalisis industri teknologi Ross Young, Galaxy S21 FE bakal memulakan pengilangannya pada bulan Julai dan mungkin akan dilancar pada bulan Ogos.

Selain itu, ia akan ditawarkan dalam empat warna iaitu kelabu, hijau, ungu dan putih. Ini adalah serupa dengan Galaxy S20 FE yang dilancar dengan enam warna pada tahun lepas.

Galaxy S21 FE dijangka akan mempunyai rekaan luaran yang sama dengan Galaxy S21 lain, dengan skrin 6.4 inci, bateri 4,500mAh dan kamera swafoto 32MP. Buat masa ini, tarikh pelancaran Galaxy S21 FE diramal akan berlaku pada 19 Ogos.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S21 FE dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version