Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE mungkin dilancar lebih awal pada bulan Ogos ini

Pada bulan Oktober lalu, Samsung telah melancarkan versi baru untuk Galaxy S20 yang diberi nama Galaxy S20 FE (Fan Edition). Kemudiannya, telefon tersebut telah menjadi antara telefon Samsung yang terlaris pada tahun 2020.

Terbaru, sumber menyatakan bahawa generasi baru siri Galaxy S21 FE mungkin akan dilancar lebih awal iaitu pada bulan Ogos tahun ini. Hal ini disebabkan kemunculan berita mengenai pembatalan siri Galaxy Note 21 akibat dari kekurangan cip global.

Telefon siri Galaxy S21 FE dikhabarkan akan masih mengekalkan reka bentuk plastik, sama seperti generasi yang lalu. Selain itu, ia mungkin akan hadir dengan skrin rata 6.4 inci AMOLED dengan kadar segar semula yang tinggi.

Untuk kamera pula, Galaxy S21 FE mungkin akan menggunakan tiga kamera iaitu kamera utama, kamera telefoto dan kamera ultra lebar. Namun, bilangan Megapixel kameranya adalah lebih rendah dari Galaxy S21. Untuk cipset pula, ia mungkin akan menggunakan cipset andalan mampu milik, Snapdragon 870.

Nantikan berita lanjut mengenai hal ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizchina

Exit mobile version