Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 FE: Pelancaran mungkin dibatalkan, halaman sokongan dipadam

Selang beberapa minggu setelah pelancaran siri Samsung Galaxy S21, terdapat berita mengatakan keluaran Samsung Galaxy S21 FE mungkin dibatalkan. Samsung masih berdiam daripada mengeluarkan apa-apa kenyataan. Namun, Samsung juga tidak menyatakan bahawa laporan tersebut benar atau salah.

Menurut IceUniverse, keluaran Galaxy S21 FE akan menjadi sia-sia kerana jualan Galaxy Z Fold3 dan Z Flip3 mendapat sambutan hangat. Dikatakan juga, Samsung menghadapi masalah dalam pembuatan peranti tersebut kerana pada mulanya ia dirancang hadir dengan cipset Snapdragon 888, namun terdapat bukti varian Exynos 2200 yang muncul akhir-akhir ini.

Masih tidak jelas lagi bagi unit Galaxy S21 FE yang telah dihasilkan. Komen di Facebook kami dan tunggu berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version