Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 ialah telefon pertama untuk Snapdragon 875, kini dengan S Pen

Seperti kebiasaan tradisi dari Qualcomm, siri terbaru cipset flagshipnya biasanya dilancarkan pada setiap tahun. Qualcomm dilaporkan akan melancarkan Snapdragon 875 pada hujung tahun ini. Terkini, sumber melaporkan bahawa siri Samsung Galaxy S21 ialah peranti pertama yang akan dijana Snapdragon 875.

Selain Samsung, antara jenama lain yang bakal dijana cipset flagship ini adalah OPPO dan Xiaomi. Menurut sumber, siri Samsung Galaxy S21 akan diperkenal kepada pasaran pada suku pertama tahun 2021. Lebih menarik, siri Samsung Galaxy S21 ini mungkin dilengkapi stilus S Pen (seperti yang ada pada siri Galaxy Note20).

Terdahulu, kami ada melaporkan mengenai Samsung Galaxy S21 yang ditemui di Geekbench janaan Exynos 2100 dengan markah mengecewakan.

Siri Samsung Galaxy S20

Ura-ura mengenai Galaxy S21 dengan S Pen sebenarnya sudah tersebar sejak beberapa minggu lalu. Sumber-sumber telah mula mendakwa tentang kemungkinan siri Galaxy Note yang akan dihentikan memandangkan Galaxy S21 mungkin hadir dengan ciri stilus.

Apa pun, perlu kami ingatkan bahawa kesemua maklumat ini adalah dari sumber tidak rasmi. Anda boleh membaca berita-berita lepas mengenai siri Samsung Galaxy S21 termasuklah khabar angin spesifikasinya dan mengenai Snapdragon 875.

Apakah pendapat anda mengenai hal ini? beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: CNBeta

Exit mobile version