Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 mungkin dijual lebih murah berbanding Galaxy S20

Walaupun kita masih lagi berada dalam pertengahan tahun 2020, kini sudah terdapat berita tentang Samsung Galaxy S21 yang akan dilancarkan pada tahun hadapan. Menurut sumber di Weibo, telefon pintar tersebut diberi nama kod Galaxy U dan mungkin akan dijual pada harga yang lebih murah.

Demi mencapai sasaran tersebut, Samsung mungkin akan membuat beberapa kompromi terhadap spesifikasi telefon itu. Sumber mengatakan varian Galaxy S21 yang paling rendah akan dilengkapi dengan skrin Full HD+ dengan kadar segar semula 60Hz. Ini agak rendah berbanding Galaxy S20 yang menyokong 60Hz dalam resolusi Quad HD+.

Selain itu, Samsung mungkin akan menyelaraskan semua telefonnya agar ia menggunakan cipset Exynos. Ini bermaksud negara yang mendapat peranti Galaxy dengan cipset Snapdragon mungkin tidak akan lagi menerima cipset tersebut, sebaliknya ia akan digantikan dengan Exynos. Di samping itu terdapat juga laporan mengatakan Samsung tidak akan memberikan pengecas bersama telefonnya demi menjimatkan kos.

Walau bagaimanapun ini bukanlah bermakna Galaxy S1 tidak dilengkapi teknologi baru. Antara komponen baru yang dikhabarkan akan terdapat dalam Galaxy S21 adalah kamera swafoto yang berada di bawah skrin (under-screen camera), pengimbas cap jari bawah skrin ultrasonik 3.0 dan kamera 150MP.

Telefon ini akan diumumkan lama lagi, jadi buat masa ini kita boleh fokus dulu pada Samsung Unpacked yang akan dianjurkan pada 5 Ogos di mana Galaxy Note20 dijangkakan akan dilancar. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version