Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 mungkin dilengkapi S Pen, kuatkan dakwaan tiada lagi Galaxy Note

Terdahulu, kami pernah menyatakan ura-ura mengenai Samsung Galaxy Note yang mungkin akan ditamatkan dan diberhentikan. Dakwaan ini kini dikuatkan lagi dengan pendedahan bahawa bukan sahaja siri Samsung Galaxy S21 baharu yang bakal dilengkapi S Pen , tetapi juga telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold3.

Laporan melalui media Korea menyatakan bahawa Samsung bercadang untuk menambah stilus S Pen bersama Galaxy Z Fold3 dan Galaxy S21 Ultra. Turut dilaporkan, Galaxy Z Fold3 bakal hadir dengan slot khas untuk S Pen dan bakal dilancar pada Jun 2021.

Oleh kerana S Pen sudah hadir pada peranti yang dinyatakan, Galaxy Note dilapor akan diberhentikan penghasilannya. Menurut pandangan kami, agak mengecewakan jika Samsung menghentikan Galaxy Note yang dahulunya menjadi pencetus idea telefon pintar dengan skrin besar. Tambahan pula, Samsung Galaxy Note20 Ultra dianalisis sebagai telefon 5G terlaris di dunia.

Namun, hanya Samsung yang lebih mengetahui liku-liku sesebuah produknya. Perlu diingatkan juga bahawa berita ini bukan berita rasmi dan masih beradap pada tahap jangkaan dan spekulasi. Apakah pandangan anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia dengan berita teknologi terkini.

Semak berita lepas yang menarik mengenai Samsung disini!

Sumber: Aju News

Exit mobile version