Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 mungkin tidak lagi dihuni Snapdragon 875 kerana harga cipset tinggi

Sebelum anda membaca berita ini sehingga ke penghujung, perlu kami ingatkan bahawa khabar ini bukan sebuah khabar rasmi dari Samsung. Berita ini hanya sebuah spekulasi. Namun, masakan pokok bergoyang jika tiada anginnya.

Terdapat maklumat bahawa Samsung akan menggunakan cipset Exynos 1000 pada kesemua peranti Samsung Galaxy yang seterusnya, Galaxy S21. Untuk pengetahuan anda, biasanya terdapat varian yang bakal dihuni cipset Snapdragon.

Walau bagaimanapun, terdapat sumber yang menyatakan bahawa Samsung masih tidak memutuskan hal ini. Syarikat tersebut masih belum membuat keputusan sama ada Snapdragon 875 berbaloi untuk peranti mereka. Perkara ini mungkin kerana harga Snapdragon 875 yang dijangka bakal lebih mahal.

Apa pun, seperti yang dinyatakan di awal berita, kesemua maklumat ini bukanlah maklumat yang rasmi. Apakah pendapat anda? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version