Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 Olympic Games Edition dilancar, tampilkan warna baru

Temasya sukan Olimpik Tokyo 2020 yang sepatutnya dianjurkan pada tahun lepas telah ditangguhkan ke tahun ini dan Samsung telah mengeluarkan sebuah telefon Samsung Galaxy S21 edisi khas sempena acara tersebut. Syarikat telekomunikasi Jepun, Docomo, telah menyenaraikan Samsung Galaxy S21 Olympic Games Edition dalam laman web mereka.

Edisi tersebut menampilkan warna baru bernama Phantom Blue yang hanya akan dijual secara eksklusif oleh Docomo. Produk itu akan dipakejkan dalam sebuah kotak khas dengan logo Olimpik serta Docomo.

Selain itu, Galaxy S21 edisi khas ini juga akan mempunyai tema, skrin kunci, ikon aplikasi dan animasi khas yang sepadan dengan grafik Olimpik 2020. Buat masa ini, pelanggan boleh menempah Galaxy S21 Olympic Games Edition namun ia hanya akan dijual secara rasmi bermula bulan depan.

Pada tahun lepas, Samsung telah melancarkan Galaxy S20 edisi khas sempena Olimpik 2020 namun ia telah dibatalkan kerana penangguhan temasya tersebut.

Temasya Olimpik Tokyo 2020 akan berlangsung pada 23 Julai hingga 8 Ogos. Kongsi pendapat anda di Facebook kami tentang Galaxy S21 edisi khas ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: NTT Docomo

Exit mobile version