Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S21 Ultra dengan Exynos 2100 (untuk pasaran Malaysia) dilihat di Geekbench

Sementara menunggu tarikh pelancaran rasmi siri Samsung Galaxy S21, terdapat beberapa berita jangkaan spesifikasi yang kita boleh ikuti. Terkini, sebuah peranti didakwa sebagai Samsung Galaxy S21 Ultra dengan Exynos 2100 muncul di platform penanda aras Gekkbench.

Paparan markah di Geekbench ini memperlihatkan markah Single-Core sebanyak 1006, manakala markah Multi-Score sebanyak 3059. Anda boleh melihat frekuensi dasar pemprosesnya pada 2.21GHz yang didakwa sebagai Cortex A-55.

Jika dibandingkan dengan markah Geekbench untuk siri Samsung Galaxy S21 dengan Snapdragon 888, terdapat sedikit perbezaan. Namun, perlu diingatkan bahawa ujian ini mungkin dijalankan pada peranti prototaip sahaja, jadi ia tidak menunjukkan keupayaan sebenar.

Untuk pengetahuan anda, Samsung biasanya melancarkan peranti andalan (flagship) untuk beberapa pasaran negara termasuk Malaysia dengan cipset Exynos.

Setakat ini, Samsung telah mengesahkan bahawa siri Samsung Galaxy S21 bakal hadir pada waktu terdekat (dijangka pada 14 Januari 2021). Apakah pendapat anda mengenai Galaxy S21 Ultra yang bakal dilengkapi sokongan S Pen ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Gambar daripada LetsGo Digital

Exit mobile version