Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 and S22+ menggunakan kamera swafoto 10MP seperti model sebelumnya

Siri Galaxy S22 dijangka akan dilancarkan pada minggu kedua bulan Februari dan lebih banyak maklumat yang akan didedahkan menjelang pelancarannya. Menurut sumber GalaxyClub.nl, Galaxy S22 dan S22+ akan menggunakan kamera swafoto 10MP seperti Galaxy S21 dan model sebelumnya sejak 2019.

Sementara itu, Galaxy S22 Ultra dilaporkan akan dilengkapi dengan penembak (shooter) swafoto 40MP. Kamera belakang Galaxy S22 dan S22+ dikatakan mendapat peningkatan kepada lensa utama 50MP bersama modul telefoto zum 3x 10MP.

Galaxy S22 Ultra pula membawa perubahan kecil dengan penembak utama 108MP yang dipertingkatkan bersama kamera ultra lebar 12MP dan sensor Sony baharu yang lebih kecil untuk kamera telefoto 3x 10MP serta kamera periskop 10MP.

Kami sedang menunggu maklumat seterusnya dan akan dikongsikan kepada anda. Sementara itu, komen di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version