Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 bawa warna baharu, Bora Purple di Malaysia

Hari ini, Samsung Malaysia telah mengumumkan varian warna baharu bagi telefon Samsung Galaxy S22 iaitu Bora Purple yang akan muncul tidak lama lagi di laman web rasmi mereka. Ia membawa harga RM3,499 sama dengan varian warna yang lain.

Menurut Naib Presiden Kumpulan Pemasaran Jenama Global, MX Business di Samsung Electronics iaitu Sonia Chang berkata warna Bora Purple dipilih kerana ia memberikan keyakinan dan ketenangan. Seperti varian warna yang lain, telefon Galaxy S22 Bora Purple ini menampilkan spesifikasi teknologi yang sama.

Galaxy S22 menampilkan cipset Snapdragon 8 Gen 1, RAM 8GB, storan 128GB/ 256GB dan bateri 3,700mAh. Ia membawa paparan Dynamic AMOLED 2x bersaiz 6.1 inci dengan kamera swafoto 10MP manakala tri-kamera belakang terdiri daripada kamera utama 50MP + ultra lebar 12MP + telefoto 10MP.

Warna terbaharu ini pasti dapat menarik minat para wanita di luar sana. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Exit mobile version