Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 dan S22+ mungkin miliki skrin rata, spesifikasi kamera Galaxy S22 Ultra didedahkan

Samsung mungkin akan melancarkan telefon pintar Galaxy S22 yang kurang daripada tiga bulan dari sekarang. Mereka akan memperkenalkan tiga telefon pintar baharu iaitu Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra. Kami sedia maklum bahawa kedua-dua peranti pertama lebih kurang sama reka bentuknya manakala Galaxy S22 Ultra akan menjadi peranti utama barisan tersebut.

Menurut IceUniverse, kedua-dua siri Galaxy S22 yang lebih kecil akan datang dengan paparan rata dengan bezel simetri dan leper sama seperti Samsung Galaxy S21 dan S21+. Dia turut mengatakan bahawa peranti itu kelihatan seperti siri iPhone 13 tanpa takuk (notch). Ia juga mempunyai sisi rata seperti telefon pintar Apple.

IceUniverse mengatakan bahawa S22 Ultra akan mempunyai kamera 108 MP. Ini ialah versi kamera Samsung HM3 yang dipertingkatkan dan mempunyai saiz 1/1.33″ dengan apertur f/1.8. Terdapat juga kamera ultralebar 12MP, telefoto 10MP dengan zum telefoto 3x dan periskop 10MP. Galaxy S22 Ultra akan hadir dengan skrin terbesar dalam barisannya dan juga bateri terbesar dengan kapasiti 5,000 mAh.

Ia mungkin mempunyai slot S-Pen yang mungkin menjadi alasan terbaik untuk Samsung tidak mengeluarkan model Galaxy Note 22. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina 

Exit mobile version