Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 dikhabarkan akan menggunakan kamera utama 50MP

Telefon pintar andalan Samsung generasi baru, Samsung Galaxy S22 dijangkakan akan memasuki pasaran pada awal tahun hadapan. Sebelum ini kami telah melaporkan mengenai saiz skrin yang bakal digunakan, kini spesifikasi kameranya pula telah tertiris di dalam talian.

Mengikut sumber, Samsung Galaxy S22 akan menggunakan tiga kamera pada bahagian belakang iaitu kamera utama 50MP, kamera ultra lebar 12MP dan kamera telefoto 12MP zum optikal 3x. Untuk model yang lain, spesifikasi kameranya mungkin sedikit berbeza.

Buat masa ini, tiada lagi spesifikasi lanjut mengenai lensa yang digunakan serta ciri baru kamera siri ini.

Apa pun, semua ini hanyalah ura-ura di dalam talian sahaja. Pelancaran telefon pintar ini masih beberapa bulan dari sekarang.

Jadi, adakah anda berpuas hati dengan khabar angin ini? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version