Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 Ultra dengan storan 1TB mungkin akan dilancar untuk negara tertentu sahaja

Samsung dijangka bakal memperkenalkan siri telefon pintar andalan terbaru, Samsung Galaxy S22, pada 9 Februari ini dalam acara Galaxy Unpacked. Salah satu variannya, Samsung Galaxy S22 Ultra, dikhabar bakal menawarkan storan dalaman 1TB.

Jika ia benar, ini bermaksud Galaxy S22 Ultra merupakan telefon Galaxy S pertama yang menawarkan storan 1TB dan merupakan storan terbesar dalam sejarah siri peranti tersebut. Walau bagaimanapun, menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe, storan itu mungkin hanya ditawarkan dalam dua negara sahaja iaitu Korea Selatan dan China.

Sebelum ini, iPhone 13 Pro Max telah mencatatkan sejarah sebagai iPhone pertama yang ditawarkan dengan storan 1TB. Memandangkan Galaxy S22 Ultra bakal menjadi pesaing utama untuk iPhone 13 Pro Max, Samsung mungkin ingin turut menawarkan storan 1TB.

Galaxy S22 Ultra dijangka bakal dilengkapi skrin AMOLED QuadHD+ berukuran 6.8 inci dengan kadar 120Hz, cipset Snapdragon 8 Gen 1 atau Exynos 2200, kamera 108MP+12MP+10MP, sistem operasi Android 12, bateri 5,000mAh dan pengecasan pantas 45W.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S22 Ultra dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version