Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 Ultra lakar sejarah dengan panggilan suara melalui satelit pertama di dunia

Samsung Galaxy S22 Ultra baru-baru ini mencipta sejarah baharu kerana menjadi telefon pintar pertama di dunia yang boleh membuat panggilan suara melalui satelit. Pengendali telekomunikasi AS AT&T dan AST SpaceMobile telah bekerjasama untuk menggunakan telefon mudah alih standard yang tidak diubah suai untuk merealisasikan panggilan satelit.

Telefon Galaxy S22 Ultra menggunakan satelit BlueWalker 3 untuk panggilan. Selepas satelit menerima permintaan panggilan, ia mendail telefon di Jepun melalui spektrum AT&T. Ini bermakna telefon pintar biasa tanpa komunikasi satelit juga boleh melaksanakan panggilan satelit dan secara teorinya mana-mana telefon pintar yang menyokong 4G LTE boleh melakukannya.

Ujian ini juga membuktikan bahawa ia boleh mengendalikan kelajuan data selular melalui satelit BlueWalker 3. Jika teknologi ini dikomersialkan, telefon pintar sedia ada yang menyokong 4G dan ke atas boleh menggunakan panggilan satelit dan penghantaran data .

Perlu diingatkan bahawa kos untuk penggunaan komersial tidak rendah dan kawasan liputan tidak akan terlalu luas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: ITHome

Exit mobile version