Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 Ultra mempunyai lengkungan yang lebih kecil daripada Galaxy Note20 Ultra

Seperti yang anda ketahui, Samsung mengeluarkan skrin melengkung sejak beberapa tahun lalu. Kini, kami dapati Samsung semakin  meminimumkan kelengkungan telefon andalannya. Menurut penyampai maklumat terkenal mengenai peranti Samsung, Galaxy S22 Ultra mungkin mempunyai lengkungan yang jauh lebih kecil.

Sebagai jangkaan dan perbandingan, kelengkungannya mungkin lebih kecil daripada Galaxy Note20 Ultra dan sama seperti Galaxy Note10+. Menurut laporan sebelum ini, model standard Galaxy S22 dan Plus akan menggunakan skrin rata.

Anda boleh klik disini untuk melihat spesifikasi Galaxy S22 dan S22+. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version