Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 Ultra miliki varian 1TB untuk pasaran tertentu

Ketirisan maklumat melalui sebuah imej mengenai Samsung Galaxy S22 Ultra yang akan datang telah menyebabkan ramai orang kecewa kerana ia agak menyangkal khabar angin yang berterusan mengenai varian storan 1TB peranti itu.

Dalam tweet baru-baru ini, Roland Quandt memberi jaminan bahawa akan ada varian 1TB Galaxy S22 Ultra. Namun, model itu akan dihadkan kepada pasaran terpilih sahaja. Ini bermakna pilihan storan 1TB kemungkinan besar akan tersedia di AS dan pasaran utama Eropah.

Ini bukan kali pertama Samsung akan menawarkan peranti utama dengan pilihan storan 1TB kerana pada tahun 2019, jenama itu melancarkan Galaxy S10 Plus dengan storan dalaman 1TB dan RAM 12GB. Walau bagaimanapun, Galaxy S22 Ultra dengan storan 1TB mungkin akan digandingkan dengan 16GB RAM kali ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version