Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin akan dilancarkan sebagai “Samsung Galaxy S22 Note”

Ketiadaan telefon pintar Samsung Galaxy Note pada tahun ini mungkin telah mengecewakan beberapa peminat Samsung, namun khabar terbaru berkenaan siri Samsung Galaxy S22 untuk tahun hadapan mungkin akan menggembirakan mereka.

Menurut pengkhabar berita teknologi @FrontTron yang kerap berkongsi khabar tepat tentang peranti Samsung pada masa lalu, Samsung tidak akan menggunakan jenama “Ultra” untuk varian Galaxy S22 tercanggih seperti sebelum ini untuk Galaxy S21 dan Galaxy S20. Sebaliknya, ia akan dinamakan sebagai Samsung Galaxy S22 Note.

Selain penukaran nama, Galaxy S22 Note juga dikhabarkan bakal mempunyai stilus S Pen yang boleh dimasukkan ke dalam badannya, seperti dalam siri Galaxy Note sebelum ini.

Setakat ini masih tiada maklumat rasmi daripada Samsung tentang pelancarannya, namun ia dikhabarkan akan dilancar pada 8 Januari 2022. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version