Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin akan dilengkapi pengecasan pantas 45W

Para peminat Samsung mungkin kecewa dengan kadar pengecasan 25W sahaja yang terdapat pada siri telefon pintar andalan Samsung Galaxy S21, terutamanya apabila ia dibandingkan dengan pelbagai telefon Android lain yang menawarkan pengecasan lebih pantas. Walau bagaimanapun, peminat Samsung mungkin boleh mengharapkan pengecasan yang lebih pantas untuk telefon akan datang.

Menurut pengkhabar berita teknologi Ice Universe, Samsung Galaxy S22 Ultra mungkin akan dilengkapi bateri berkapasiti 5,000mAh yang menyokong kadar pengecasan pantas 45W. Dengan kadar ini, pengecasan selama 35 minit boleh memberikan cas sebanyak 70% dalam baterinya.

Selain itu, beliau turut berkongsi tentang rupa bentuk kasar untuk Galaxy S22 Ultra dengan menunjukkan sebuah pelindung skrin, namun beliau tidak menyatakan ukuran objek tersebut secara terperinci.

Kadar pengecasan 45W ini adalah lebih rendah berbanding telefon Xiaomi, OnePlus atau ASUS, namun sekurang-kurangnya ia adalah penambahbaikan yang ketara berbanding tahun ini. Spesifikasi lain yang dikhabarkan untuk Galaxy S22 termasuklah cipset Exynos 2200 yang dibina bersama AMD, skrin 120Hz dan kamera 108MP.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy S22 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version