Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S23 disahkan akan tampilkan Corning Gorilla Glass Victus 2

Seperti biasa, khabar angin semakin berleluasa menjelang pelancaran Samsung Galaxy S23. Beberapa butiran telah didedahkan dan kini satu lagi maklumat mengesahkan bahawa Galaxy S23 akan menampilkan Corning Gorilla Glass Victus 2.

Corning mengesahkan siri Samsung Galaxy S23 akan menjadi peranti pertama menggunakan Victus 2. Victus 2 dilancarkan pada November 2022 mempunyai ketahan hentakan jatuh dari ketinggian 1 meter pada permukaan kasar dan konkrit. 

Ujian lain telah dilakukan pada permukaan jalan raya pada ketinggian 2meter dan skrin masih dalam keadaan baik. Corning turut menyatakan bahawa mereka akan meningkatkan prestasi, menyampaikan ciri sambungan baharu dan menyokong pengalaman pengguna dengan lebih mendalam.

Adakah ia setanding dengan HONOR X9a? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Sumber: Corning

Exit mobile version