Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S23 FE diumum di Malaysia: Exynos 2200, Dynamic AMOLED 2X 6.4″, bermula RM2,999

Terbaharu, Samsung telah melancarkan telefon pintar dalam barisan “Fan Edition” iaitu Samsung Galaxy S23 FE. Untuk pengetahuan, telefon ini telah muncul pada data SIRIM September lalu. Ia tersedia dalam dua versi untuk pasaran yang berbeza dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1 untuk pasaran AS manakala Exynos 2200 untuk pasaran global.

Galaxy S23 FE hadir dalam lima pilihan warna seperti krim, grafit, nila, ungu dan oren. Bahagian hadapan telefon dilengkapi dengan skrin Dynamic AMOLED 2X 6.4 inci dengan resolusi 2340 x 1080, kadar penyegaran 120Hz dan perlindungan skrin Gorilla Glass Victus.

Bahagian belakang terdapat tiga kamera dengan kamera utama 50MP (ƒ1.8, OIS), sudut ultra lebar 12MP (ƒ2.2, 123°FoV) dan telefoto 8MP (ƒ2.4 , zum optik 3x) manakala kamera swafoto menggunakan sensor 10MP (ƒ2.4).

Baterinya berkapasiti 4500mAh yang menyokong pengecasan berwayar 25W dan wayarles 15W serta menampilkan pengecasan wayarles berbalik. Selain itu, ia turut menyokong WiFi-6E, Bluetooth 5.3, kalis habuk dan kalis air IP68 dan NFC.

Samsung Malaysia juga baru sahaja mengumumkan harga rasmi Samsung Galaxy S23 FE dengan storan 128GB akan berharga RM2,999 manakala varian 256GB berharga RM3,299. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Malaysia

Exit mobile version