Sebelum ini, terdapat laporan yang mendedahkan imej janaan dan jangkaan tarikh pelancaran Samsung Galaxy S23 FE walaupun Samsung sendiri masih belum mengumumkan secara rasmi kewujudan peranti itu.
Kini, telefon pintar itu telah muncul dan mungkin ditetapkan untuk dilancarkan tidak lama lagi kerana ia dilihat mendapat pensijilan 3C di China. Menurut sumber, penyenaraian di tapak pensijilan 3C China menunjukkan bahawa peranti yang akan datang itu mempunyai nombor model SM-S7110.
Di samping butiran pengilang peranti, permohonan pensijilan dan tarikh kelulusan, penyenaraian itu juga menunjukkan beberapa spesifikasi Galaxy S23 FE. Ini termasuk sambungan 5G dan sokongan pengecasan pantas 25W.
Kita perlu menunggu pengumuman rasmi oleh Samsung untuk mengetahui lebih lanjut mengenai peranti itu. Apakah pendapat anda tentang Galaxy S23 FE? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: MySmartPrice

