Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S23 Ultra bakal dilancar, bezel yang lebih nipis daripada sebelumnya

Menurut laporan sebelum ini, siri Samsung Galaxy S23 mungkin dilancarkan lebih awal daripada jangkaan. Banyak maklumat tentang Galaxy S23 Ultra telah muncul mendedahkan bezel yang sangat nipis melalui pemaparan berasaskan CAD.

Galaxy S23 Ultra akan menampilkan bezel yang lebih nipis berbanding dengan Galaxy S22 Ultra. Ia juga dikatakan membawa bezel yang paling nipis di bahagina bawah manakala bahagian tepinya melengkung.

Tambahan pula, sumber itu mengatakan bahawa Galaxy S23 Ultra tidak akan menampilkan perubahan reka bentuk yang besar dan akan mengikut rupa pendahulunya. Ia termasuk paparan melengkung dan lubang kamera paparan di bahagian tengah. Bahagian depan dan belakang akan membawa reka bentuk berkadar manakala bahagian atas dan bawah akan rata. Kamera belakangnya akan menonjol terus dari badan telefon juga.

Samsung Galaxy S23 Ultra dijangka akan dilancarkan pada penggal pertama tahun hadapan. Kongsi pendapat andadi Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Headlines

Exit mobile version