Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S23 Ultra disahkan bakal gunakan kamera 200MP

Sebelum ini, beberapa kali khabar angin tular di internet bahawa Samsung merancang untuk melengkapkan Galaxy S23 Ultra yang akan datang dengan kamera 200 MP. Kini, satu lagi laporan nampaknya “mengesahkan” maklumat ini.

Menurut sumber dari Samsung Korea, syarikat itu telah memaklumkan rakan kongsi kamera utama bahawa ia akan menggunakan kamera 200MP dalam generasi akan datang dalam peranti utamanya. Resolusi 108MP yang digunakan pada masa ini telah diperkenalkan dengan Galaxy S20 Ultra dua tahun lalu.

Samsung akan bermain teka-teki seperti awal-awal pelancaran Motorola X30 Pro yang diperkenalkan awal bulan ini di mana sentiasa mengacah kameranya akan menggunakan sensor 200MP. Khabar angin juga mengatakan ia sepadan dengan Xiaomi 12T Pro yang akan datang.

Walaupun resolusinya mungkin sama, Samsung mungkin menggunakan sensor baharu untuk perantinya sendiri dan bukan mengambil salah satu kamera yang telah dijual kepada pesaingnya. Sama-sama kita nantikan kemunculan Samsung Galaxy S23 Ultra.

Beritahu kami di Facebook pendapat anda dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version