Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S23 Ultra tempat pertama dalam ujian kamera VCX Forum

Samsung Galaxy S23 Ultra telah menduduki tempat pertama untuk kualiti kamera dan mencapai penarafan keseluruhan 5 bintang dalam penilaian bebas oleh VCX Forum. Galaxy S23 Ultra mencapai markah tinggi secara menyeluruh dengan kualiti keseluruhan kamera utama dan swafoto.

VCX Forum adalah sebuah organisasi bukan berdasarkan keuntungan yang khusus untuk penyelidikan teknikal dan penilaian kamera peranti telah memberikan Galaxy S23 Ultra 69 mata secara keseluruhan. Menariknya, Galaxy S22 Ultra dan Galaxy S21 Ultra kini berada di tempat kedua dan ketiga berikutan kedudukan pertama dirangkul oleh Galaxy S23 Ultra.

VCX Forum juga sebuah organisasi penciptaan dan penyebaran piawaian untuk menilai secara objektif kualiti imej kamera dalam peranti mudah alih seperti telefon pintar, tablet, komputer, komputer riba, dron dan banyak lagi. Objektifnya adalah untuk menyediakan maklumat bebas dan boleh dipercayai kepada pengguna dan industri.

Berakhir pada 31 Mac 2023, anda berpeluang menerima dua telefon siri Galaxy S23 apabila menukar ganti peranti Galaxy lama anda yang dalam keadaan baik dan tidak perlu menambah wang untuk membelinya. Jangan lepaskan peluang hebat ini untuk menikmati ciri dan teknologi terkini Galaxy S23 Ultra.

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi, layari laman rasmi Samsung di sini. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version