Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S24 mungkin antara telefon pintar pertama yang menyokong Wi-Fi 7

Kebanyakan telefon baharu di pasaran hari ini dilancarkan dengan Wi-Fi 6 atau standard 6E yang lebih baharu. Laporan baharu mengatakan Wi-Fi 7 akan dilancarkan pada penggal kedua 2024 menampilkan kelajuan puncak 2.4 kali lebih pantas berbanding sambungan semasa. 

Bukan itu sahaja, Samsung Galaxy S24 akan menjadi salah satu peranti pertama yang menampilkan sambungan ini. Menurut laporan oleh DigiTimes Asia, peranti andalan Samsung yang akan datang bakal menjadi salah satu perintis untuk standard Wi-Fi baharu.

Maklumat ini disokong oleh makmal pemeriksaan IC dan mendedahkan bahawa Wi-Fi 7 akan menampilkan kelajuan sehingga 33Gbps. Peranti Wi-Fi 7 dapat menggunakan saluran 300MHz, membawa peningkatan fizikal (PHY) dan kawalan akses sederhana (MAC) dengan frekuensi 2.4GHz, 5GHz dan 6GHz sedia ada.

Qualcomm telah pun melancarkan cip Wi-Fi 7 Networking Pro Series tetapi kumpulan pertama penghala (routers) dan komputer riba Wi-Fi 7 boleh didapati pada awal 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: DigitTmes Asia

Exit mobile version