Selepas mengacah kehadirannya pada bulan Januari lalu, kini Samsung mengesahkan pelancaran Samsung Galaxy S25 Edge yang akan berlangsung pada hari Selasa, 13 Mei 2025, jam 9:00 pagi di Korea Selatan.
Ciri utama telefon ini adalah ia bakal menjadi varian ternipis dalam siri Galaxy S25. Samsung masih belum beri maklumat rasmi mengenai rekaannya, namun pelbagai spesifikasi sudah tertiris sebelum ini.
Ia dikhabarkan bakal mempunyai ketebalan 5.85mm sahaja. Sebagai perbandingan, Galaxy S25 standard mempunyai ketebalan 7.2mm.
Spesifikasi lain yang dikhabarkan termasuklah kamera utama 200MP, cipset Qualcomm Snapdragon 8 Elite for Galaxy, skrin AMOLED 6.7 inci resolusi Quad HD+, bateri 3,900mAh dan pengecasan pantas 45W.
Setakat ini masih tidak diketahui jika telefon ini akan ditawarkan untuk pasaran Malaysia. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Samsung Newsroom

