Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy S25 FE dilancar di Malaysia: AMOLED 6.7″, Exynos 2400, cas pantas 45W bermula RM3,099

Samsung hari ini melancarkan varian terbaru dalam siri telefon andalan (flagship) Galaxy S25 iaitu Samsung Galaxy S25 FE. Dengan harga bermula daripada RM3,099 sahaja, menjadikannya varian yang paling murah dalam siri Galaxy S25 dan bakal menarik pelanggan yang inginkan ciri-ciri telefon terkini tanpa berbelanja besar.

Ia dilengkapi perisian One UI 8 yang menawarkan pelbagai fungsi Galaxy AI terkini, seperti Generative Edit, Instant Slow-Mo, Gemini Live, Now Bar dan Circle to Search with Google. Ia turut mempunyai fungsi keselamatan Knox Enhanced Encrypted Protection (KEEP) yang menyediakan storan khas untuk setiap aplikasi supaya aplikasi itu boleh mengakses fail yang tertentu sahaja.

KEEP turut menyokong Personal Data Engine (PDE) bagi memastikan data pengguna disimpan dalam telefon sahaja dan dikunci dengan Knox Vault.

Telefon ini menawarkan pembaharuan dalam fotografi, seperti Low Noise Mode untuk meningkatkan kualiti gambar pada waktu malam, Super HDR In Video untuk hasilkan warna yang cerah dalam video, Generative Edit untuk menyunting gambar dengan lebih mudah menggunakan AI, Portrait Studio untuk cipta avatar berdasarkan gambar anda dan banyak lagi, Audio Eraser untuk padamkan bunyi bising dalam video dan banyak lagi

Kapasiti baterinya ditingkatkan kepada 4,900mAh (berbanding 4,700mAh pada Galaxy S24 FE) dan ia menyokong kadar pengecasan pantas 45W serta pengecasan wayarles 15W.

Satu lagi pembaharuan adalah ia mempunyai ruang kamar wap yang lebih besar sebanyak 10% berbanding Galaxy S4 FE supaya ia boleh menguruskan pelesapan haba dengan lebih baik dan mengekalkan prestasi yang tinggi dengan lebih lama.

Untuk penggunaan yang tahan lama, ia didatangkan dengan sistem operasi Android 16 dan bakal menerima kemas kini Android selama tujuh tahun.

Berikut adalah spesifikasi penuh untuk Samsung Galaxy S25 FE:

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut mengenai telefon ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version