Sejak siri Galaxy S20 yang dilancar pada 2020, Samsung telah menggunakan nama “Ultra” untuk varian yang paling canggih dalam siri telefon pintar andalan Galaxy S, termasuklah untuk edisi tahun ini iaitu Samsung Galaxy S24 Ultra. Kini terdapat khabar yang mengatakan Samsung bakal mengabaikan nama tersebut dan menggantikannya dengan nama lain.
Menurut pengkhabar berita teknologi ternama, Yogesh Brar, varian Galaxy S tercanggih yang akan dilancar pada tahun hadapan bakal dinamakan sebagai Samsung Galaxy S25 Note. Pada masa yang sama, varian pertengahan yang sebelum ini selalunyai menggunakan nama “Plus” (seperti Samsung Galaxy S24+) akan ditukarkan kepada Samsung Galaxy S25 Pro.
Google had a weird name for Fold but they are not the only one
— Yogesh Brar (@heyitsyogesh) August 16, 2024
I hear Samsung could do the same
Ultra could be called Note, Plus would be Pro
What sounds better?
Galaxy S25 Ultra or Galaxy S25 Note ?
Jika benar, ini bermaksud Samsung akan mengembalikan nama “Note” sejak mereka melancarkan telefon terakhir yang mempunyai nama tersebut, Samsung Galaxy Note20 Ultra, pada 2020. Memandangkan Galaxy S24 Ultra sudah mempunyai ciri-ciri Galaxy Note, terutamanya dengan stilus dalaman serta rekaan berbentuk petak, sesuai untuk telefon seterusnya dinamakan sebagai Galaxy S25 Note.
Selain nama, rekaan Galaxy S25 Ultra (kami akan menggunakan nama Ultra buat masa ini) juga telah tertiris dalam internet. Seorang lagi pengkhabar berita teknologi ternama, Ice Universe, telah berkongsi gambar yang dikatakannya sebagai Galaxy S25 Ultra.
What is the biggest problem with the S24 Ultra design?
— ICE UNIVERSE (@UniverseIce) August 16, 2024
The number one flaw is that the horizontal screen-to-body ratio is too low. The body width is 79mm, of which only 72.3mm is the screen, and the remaining 6.7mm is all the frame and the middle frame, which makes the hand feel… pic.twitter.com/YjCVWgWeKi
Gambar tersebut menunjukkan bahagian bucu yang lebih bulat berbanding bucu tajam pada Galaxy S24 Ultra. Beliau juga mengatakan Galaxy S25 Ultra akan mempunyai lebar badan yang lebih kecil berbanding Galaxy S24 Ultra (79.0mm), namun dengan skrin yang lebih lebar berbanding Galaxy S24 Ultra (72.3mm).
Adakah anda berminat dengan nama dan rekaan baharu ini? Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

