Samsung Electronics mengumumkan penganjuran acara Galaxy Event August 2026 secara rasmi pada 27 Ogos 2026 jam 8 malam waktu Malaysia. Acara maya ini diadakan khusus untuk memperkenalkan ahli baharu dalam barisan peranti siri Galaxy S26.
Walaupun Samsung belum mendedahkan nama model peranti secara spesifik, peranti terbaharu dipercayai merupakan Samsung Galaxy S26 FE. Peranti ini direka bagi membawakan pengalaman teras siri Galaxy S26 seperti fungsi kamera dan keupayaan kecerdasan buatan Galaxy AI kepada julat pengguna yang lebih luas.
Selain itu, Samsung turut mengesahkan bahawa peranti terbaharu ini akan didatangkan dengan sistem operasi One UI versi paling segar secara terus daripada kotak. Acara pelancaran penuh boleh ditonton secara siaran langsung menerusi laman rasmi Samsung dan saluran YouTube rasmi Samsung bermula jam 8 malam waktu tempatan.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

