Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab A7 akan dijual pada harga promosi RM899 sahaja!

Jika anda sedang mencari sebuah tablet yang boleh digunakan sebagai alat pekerjaan dari rumah atau membantu anak-anak melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran Dari Rumah (PdPR), anda mungkin boleh dapatkan tablet Samsung Galaxy Tab A7 yang kini sedang dijual dengan harga promosi, iaitu RM899 sahaja.

Harga promosi yang akan berlangsung sehingga hari Ahad, 6 Jun ini adalah lebih rendah sebanyak RM100 berbanding harga asal iaitu RM999. Samsung Malaysia akan menyediakan rebat sebanyak RM100 untuk setiap pembelian Galaxy Tab A7, merendahkan harga tablet tersebut kepada RM899 sahaja.

Galaxy Tab A7 dilengkapi skrin LCD berukuran 10.4 inci dengan resolusi 1200×2000, bateri 7,040mAh, empat pembesar suara stereo Dolby Atmos, cipset Snapdragon 662, kamera utama 8MP, kamera swafoto 5MP dan memori 3GB+32GB. Dengan skrin dan bateri besar, ia amat sesuai untuk digunakan sebagai alat pekerjaan dan hiburan.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki Galaxy Tab A7 dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version