Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab A7 kini dijual dengan harga lebih murah, potongan sebanyak RM100

Jika anda sedang mencari tablet untuk kegunaan kerja atau belajar di rumah sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, anda mungkin boleh lihat pada tablet Samsung Galaxy Tab A7 yang diturunkan harganya bermula hari ini. Ia akan dijual pada harga baru iaitu RM899, lebih murah berbanding harga sebelumnya RM999.

Tablet ini mempunyai skrin IPS LCD berukuran 10.4 inci dengan resolusi 2000 x 1200 dan nisbah skrin-ke-badan sebanyak 79%. Untuk spesifikasi dalaman, ia dilengkapi cipset Snapdragon 662, RAM 3GB, storan dalaman 32GB, kamera utama 8MP, kamera swafoto 5MP, bateri 7,040mAh dan empat pembesar suara Dolby Atmos.

Galaxy Tab A7 adalah sangat sesuai untuk semua kegunaan, daripada tugasan kerja, panggilan video hinggalah hiburan. Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang tablet ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version