Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab A7 kini dijual dengan promosi rebat RM100

Jika anda sedang mencari sebuah tablet untuk kegunaan pekerjaan atau pembelajaran dari rumah, anda boleh dapatkan Samsung Galaxy Tab A7 WiFi yang dijual dengan promosi rebat sebanyak RM100. Bermula hari ini sehingga 6 Jun 2021, Galaxy Tab A7 WiFi akan dijual pada harga RM899 (harga asal RM999).

Galaxy Tab A7 menampilkan skrin 10.4 inci dengan resolusi 2000×1200, cipset Snapdragon 662, RAM 3GB, storan 32GB, bateri 7,040mAh, pengecasan pantas 15W, kamera utama 8MP, kamera hadapan 5MP dan empat pembesar suara Dolby Atmos. Jika storan memorinya tidak cukup, anda boleh besarkannya dengan kad microSD sehingga 1TB.

Layari laman web Samsung Malaysia untuk maklumat lanjut tentang promosi ini. Beritahu kami di Facebook jika anda akan membelinya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version