Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab A7 (WiFi) rasmi di Malaysia: Snapdragon 662, bateri 7040mAh berharga RM999

Samsung Malaysia kini telah menyediakan Samsung Galaxy Tab A7 (WiFi) secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Tablet kelas permulaan dengan rekaan premium ini ditawarkan dengan harga bermula pada RM999.

Antara spesifikasi menarik yang ada pada Samsung Galaxy Tab A7 (WiFi) adalah janaan cipset berpatutan Qualcomm Snapdragon 662 (cipset baru tahun ini), bateri besar 7040mAh dan rekaan badan besi yang nipis. Anda boleh menyemak spesifikasi asas di sini atau spesifikasi lanjut di pautan rasmi Samsung.

Untuk pengetahuan anda, tablet ini boleh didapati dalam warna Silver dan Dark Gray setakat ini.

Adakah anda berminat? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version