Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab A8 2021 dapat pelbagai pengiktirafan antarbangsa, mungkin dilancar kelak

Tablet kelas pertengahan Samsung Galaxy Tab A8 2021 kini telah pun mendapat pelbagai pengiktirafan antarabangsa yang menunjukkan bahawa pelancarannya semakin hampir. Pengiktirafan ini termasuklah dari Amerika Syarikat (AS), India dan Jerman.

Tablet dengan nombor model SM-X200 dan SM-X205 ini telah mendapat pengiktirafan daripada Bureau of Indian Standards (BIS). Kedua-dua nombor tersebut menandakan dua varian utama untuk tablet tersebut iaitu WiFi sahaja dan WiFi+LTE.

Pengiktirafan Federal Communications Commission (FCC) dari AS pula hanya terdapat untuk varian WiFi+LTE. Sementara itu, pengiktirafan TÜV Rheinland pula mengatakan Galaxy Tab A8 akan dilengkapi bateri 7,040mAh dan pengecasan 7.8W.

Spesifikasi yang dikhabarkan untuk Galaxy Tab A8 termasuklah rangka besi, empat pembesar suara, port USB-C, bicu audio 3.5mm, skrin LCD TFT Full HD+ berukuran 10.4 inci, kamera utama 8MP, kamera swafoto 8MP dan cipset Unisoc T618.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan tablet Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version