Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab A8 dilancar di Malaysia: Octa-Core 2Ghz, skrin 10.5″ dan bateri 7,040mAh berharga RM999

Baru-baru ini, Samsung Malaysia telah melancarkan secara rasmi Galaxy Tablet A8 iaitu peranti paling berkuasa dalam siri Tab A. Galaxy Tab A8 mempunyai saiz skrin yang mengagumkan, berkuasa dan prestasi dalam reka bentuk yang tipis dan ringan yang sedia untuk digunakan untuk pembelajaran serta hiburan.

Galaxy Tab A8 dilengkapi skrin 10.5 inci dengan saiz bezel 10.2 memberi nisbah aspek sebanyak 16:10. Hasilnya ialah 80.1 peratus nisbah skrin kepada tablet. Selain itu, terdapat pembesar suara quad dengan teknologi Dolby Atmos dan ia tersedia dalam warna kelabu serta emas merah jambu baharu.

Galaxy Tab A8 dilengkapi dengan RAM 3GB, 32GB storan dalaman, slot kad MicroSD untuk pengembangan storan sehingga 1TB dan bateri 7,040mAh dengan pengecasan pantas sehingga 15W. Untuk menyelesaikan pelbagai tugas pada satu-satu masa, terdapat pembahagian skrin untuk menggunakan dua aplikasi secara bersebelahan dan menambah tetingkap pop-up dengan Multi-Active Window.

Ciri Drag & Split secara automatik membuka tetingkap pelayar internet kedua. Galaxy Tab A8 hadir dengan kamera belakang 8MP, kamera hadapan 5MP dan ciri Screen Recorder serba baharu. Galaxy Tab A8 disokong oleh platform keselamatan Knox oleh Samsung dengan perlindungan berbilang lapisan.

Galaxy Tab A8 untuk varian Wi-Fi 3GB+32GB kini boleh didapati dengan berharga RM999. Mulai sekarang hingga 28 Februari 2022, pembeli boleh menikmati hadiah percuma dengan setiap pembelian iaitu satu Clear Edge Cover bernilai RM99 dan pelan perlindungan Samsung Care+ setahun bernilai RM110.

Spesifikasi lengkap Samsung Galaxy Tab A8:

  • Paparan: 10.5 inci 1920 x 1200 (WUXGA) TFT
  • OS: Android 11
  • Dimensi: 246.8 x 161.9 x 6.9mm
  • Berat: 508g
  • Kamera: Belakang 8MP AF, swafoto 5MP
  • Memori: RAM 3GB, storan dalaman 32GB dan mikroSD sehingga 1TB
  • Cipset: Octa-Core, 2GHz
  • Bateri: 7,040mAh 15W Adaptive Fast Charger.
  • Sambungan: Wi-Fi (802.11 a/b/g/n/ac 2.4G+5GHz, VHT80) Wi-Fi Direct, Bluetooth® v5.0
  • Warna: Kelabu dan Emas Merah Jambu
  • Penyambung: Type C USB 2.0, 3.5mm Ear jack
  • Sensor: Accelerometer, Gyro Sensor, Geomagnetic Sensor, Hall Sensor, Light Sensor GPS GPS, Glonass, Galileo, QZSS
  • Audio: Quad Stereo Speakers, Dolby Atmos
  • Sekuriti: Samsung Knox, Face Recognition

Untuk maklumat lanjut mengenai peranti ini, anda boleh layari laman rasmi Samsung Malaysia. Kongsi pendapat anda tentang peranti ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version