Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab S7 dan S7+ diumumkan di Malaysia – Snapdragon 865+, 120Hz harga bermula RM3,299

Terdahulu, Samsung telah melancarkan siri Samsung Galaxy Tab S7 yang terdiri daripada varian Galaxy S7 dan Galaxy S7 Pro secara global. Siri tablet terbaru ini kini diumumkan di pasaran Malaysia dengan harga bermula RM3,299, mencecah sehingga RM4,599.

Kedua-dua varian Galaxy Tab S7 ini hadir dengan janaan cipset Snapdragon 865+ dan S-Pen yang telah dinaik taraf. Galaxy Tab S7+ hadir dengan paparan Super AMOLED 12.4 inci dengan kadar segar semula 120Hz, manakala Galaxy Tab S7 pula dilengkapi paparan LCD 11 inci. Tablet ini turut menyokong Samsung Notes, S-Pen, Book Cover Keyboard dan tetikus Bluetooth.

Anda boleh mendapatkan Galaxy Tab S7 dengan pilihan warna Mystic Black dan Mystic Silver pada harga RM3,299. Galaxy Tab S7+ pula berharga RM4,599 dengan pilihan warna sama seperti Galaxy Tab S7 dengan penambahan warna khas Mystic Bronze.

Anda boleh mula membelinya pada 28 Ogos 2020 di Samsung Malaysia e-store, Samsung Experience Store dan pengedar sah Samsung. Turut serta adalah hadiah percuma seperti yang tertera pada gambar melalui pembelian tablet baharu ini.

Adakah anda berminat dengan tablet ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version