Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab S7 dengan Snapdragon 865+ dan skrin 120Hz akan datang ke Malaysia pada 28 Ogos

Samsung Malaysia hari ini mengumumkan bahawa tablet terbaru daripada syarikat Korea Selatan itu, Galaxy Tab S7 dan Tab S7+, akan mula dijual pada Jumaat, 28 Ogos. Tablet ini adalah sebahagian daripada produk yang telah dilancarkan dalam acara Galaxy Unpacked pada 5 Ogos lalu.

Walau bagaimanapun, harganya untuk pasaran Malaysia masih belum diumumkan namun kami mengandaikan bahawa ia akan berharga lebih daripada RM3,000 kerana harga Galaxy Tab S6 adalah RM3,099. Pada waktu artikel ini ditulis, Galaxy Tab S7 hanya dijual dalam varian WiFi dengan warna hitam Mystic Black dan storan dalaman 128GB. Mungkin beberapa pilihan lagi termasuk Tab S7+ akan disertakan dalam laman web itu pada 28 Ogos ini.

Daripada segi spesifikasi, Galaxy Tab S7 mempunyai skrin 11 inci manakala Galaxy Tab S7+ pula mempunyai skrin Super AMOLED 12.4 inci. Selain itu, bateri pada Tab S7 berkapasiti 8,000mAh manakala Tab S7+ mempunyai bateri lebih besar dengan 10,090mAh. Kedua-duanya dilengkapi cipset Snapdragon 865 Plus, skrin 120Hz, batang S Pen dan banyak lagi. Anda boleh lihat gambar terperinci tablet ini dalam artikel kami.

Beritahu kami di Facebook jika anda merancang untuk membeli tablet Samsung ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version