Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab S7 mungkin akan dilancar pada akhir 2020, lebih besar berbanding Tab S6

Tablet flagship daripada Samsung, Galaxy Tab S7, dijangkakan akan dilancarkan pada hujung tahun ini. Masih terdapat khabar angin tentang nama tablet tersebut yang mungkin dinamakan Galaxy Tab S20 bagi memadankannya dengan siri telefon flagship Galaxy S20.

Galaxy Tab S7 mungkin akan dilengkapi skrin yang lebih besar berbanding Tab S6, dengan pilihan skrin 11 inci atau 12.4 inci. Dalam sebuah dokumen pengiktirafan Bluetooth, tablet ini dirujuk sebaga Galaxy Tab S7+, menunjukkan bahawa ia mungkin adalah nama untuk varian 12.4 inci. Dengan saiz yang lebih besar, kapasiti baterinya juga dijangkakan akan menjadi 10% lebih tinggi berbanding Tab S6.

Selain itu, terdapat juga sebuah bonggol kamera yang agak tebal di bahagian belakang, menyerupai bonggol kamera dalam telefon Galaxy S20. Galaxy Tab S7 juga bakal boleh menyokong rangkaian 5G untuk perhubungan yang lebih pantas.

Sebuah ujian penanda aras (benchmarking) dalam Geekbench sebelum ini menunjukkan Galaxy Tab S7 mempunyai prestasi yang lebih rendah berbanding iPad Pro (2020), iaitu pesaing utama produk Samsung ini.

Galaxy Tab S7 dijangkakan akan diumumkan bersama Galaxy Note 20 dan Galaxy Fold 2 dalam acara Samsung Unpacked yang diramal akan dianjurkan pada Ogos ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version