Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra 14 inci mungkin miliki cipset SD 8 Gen 1 dan dwi-kamera 12MP

Samsung Galaxy S8 Ultra 14 inci mungkin akan dilancarkan tidak lama lagi. Sumber dari WinFuture telah mendedahkan imej dan spesifikasi untuk model Ultra dan barisannya yang bersaiz sederhana. Ultra akan menampilkan skrin AMOLED 14.6-inci, 2,960 x 1,848 dengan kadar penyegaran semula 120Hz, sokongan S-Pen serta RAM 16GB dan storan 512GB yang boleh dikembangkan. 

Takuk (notch) paparannya akan membawa dwi-kamera hadapan 12MP menjadikan ia antara tablet Android terbaik. Semua model Galaxy Tab S8 dilaporkan akan dilengkapi dengan cipset Snapdragon 8 Gen 1, dwi-kamera belakang (kamera utama 13MP dan ultra lebar 6MP), empat pembesar suara Dolby Atmos dan pilihan 5G. 

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra

Samsung Galaxy Tab S8+ 12.7 inci akan membawa panel AMOLED 120Hz, 2,800 x 1,752, satu kamera hadapan 12MP, RAM 8GB dan storan 256GB yang boleh dikembangkan. Samsung Galaxy Tab S8 11 inci akan menampilkan LCD 120Hz 2,560 x 1,600  sahaja menawarkan ciri yang serupa dengan model peringkat pertengahan.

Tarikh keluaran dan harga peranti masih tidak diberitahu namun WinFuture meramalkan Samsung akan memperkenalkan rangkaian itu dalam acara Samsung Unpacked pada 8 Februari nanti.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Engadget

Exit mobile version