Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab S8 Ultra dijangka dilengkapi paparan OLED 14.6″ dengan resolusi 3K

Menurut pendedahan pada beberapa bulan yang lalu, Samsung Galaxy Tab S8 Ultra (SM-X906B) akan dilengkapi dengan paparan OLED 14.6″ dengan kadar penyegaran 120 Hz. Ice Universe mengatakan paparan akan mempunyai resolusi 2.960 x 1.848 piksel nisbah aspek 16:10.

Pendedahan sebelum ini turut menyatakan tablet akan dilengkapi dengan bateri 11,500 mAh di mana pengecasan boleh dilakukan pada 45W. Berkemungkinan Tab S8 Ultra dan Galaxy S22 Ultra (menggunakan pengecas 10V/ 4.5A) mungkin akan dapat berkongsi pengecas.

Berdasarkan pendedahan daripada Ice Universe, ia akan menggunakan cip Snapdragon 898 dan bukannya Exynos 2200 di mana ia akan ditampilkan dengan versi S22 di Amerika Syarikat (AS). Galaxy Tab S8 dijangka memiliki LCD 11″, sementara Tab S8+ harus dilengkapi dengan OLED 12.4 inci, semuanya pada 120 Hz. Ketiga-tiganya akan mempunyai pengecasan 45W, jadi perbezaan utama adalah skrin, bateri dan harga.

Kongsi pendapat anda di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version