Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Tab S9 dan S9 Ultra muncul di Geekbench, miliki SD 8 Gen 2 dan RAM 8GB

Siri Samsung Galaxy Tab S9 dijangka membawa sekurang-kurangnya tiga pilihan varian iaitu Tab S9, Tab S9+ dan Tab S9 Ultra. Kini, butiran lanjut tentang model standard dan Ultra telah muncul dalam penyenaraian Geekbench 6.

Galaxy Tab S9 (SM-X716B) dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2 untuk Galaxy dengan teras Cortex-X3 3.36 GHz dan RAM 8GB. Peranti ini berjaya memperoleh skor teras tunggal 1,929 mata dan skor berbilang teras 4,735 mata. Penyenaraian juga mengesahkan tablet itu menjalankan Android 13 mungkin dengan sistem operasi One UI 5.1.

Galaxy Tab S9 Ultra (SM-X916B) pula berjaya memperoleh skor teras tunggal 2,054 mata dan skor berbilang teras 5,426 mata. Peranti ini berkongsi cipset dan konfigurasi RAM yang sama seperti Galaxy Tab S9 dan juga berjalan pada Android 13 sistem operasi One UI 5.1.

Varian Ultra akan datang dijangka menampilkan reka bentuk yang serupa dengan model sebelumnya dengan paparan Super AMOLED 14.6 inci dan bateri 11,200 mAh menyokong pengecasan 45W. Peranti ini juga dikhabarkan hadir dengan penarafan IP68 untuk rintangan air dan habuk.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Geekbench 1|2

Exit mobile version