Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Unpacked Part 2 disiar secara langsung pada 20 Oktober 2021

Selang beberapa jam lepas, Samsung telah mengumumkan Galaxy Unpacked Part 2 untuk keluaran akan datang. Anda boleh tengok secara langsung pada 20 Oktober pukul 10:00 malam waktu Malaysia. Namun, tiada sebarang maklumat mengenai produk Samsung yang akan dilancarkan dalam pengumuman tersebut.

Samsung mungkin akan melancarkan Galaxy S21 FE dalam acara Galaxy Unpacked Part 2. Menurut Samsung Newsroom, Samsung menyatakan pengguna hidup dalam aspek kehidupan yang unik dan penggunaan teknologi dalam kehidupan harian harus menggambarkan keperibadian mereka. Samsung menggalakkan pengguna untuk menyertai acara Galaxy Unpacked Part 2 untuk pengalaman ekspresi diri anda melalui teknologi.

Bulan ini agak padat dengan acara Apple dan Google yang kemudiannya diikuti oleh acara Samsung Galaxy Unpacked Part 2. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmodo

Exit mobile version