Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Unpacked seterusnya mungkin akan berlangsung pada 10 Julai 2024

Samsung dijangka akan menganjurkan acara pelancaran utama untuk separuh kedua tahun ini, Samsung Galaxy Unpacked, di mana mereka mungkin akan melancarkan telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold6 dan Samsung Galaxy Z Flip6, jam tangan Samsung Galaxy Watch7 dan Samsung Galaxy Watch Ultra, fon telinga Samsung Galaxy Buds 3 serta cincin pintar Samsung Galaxy Ring.

Kini sebuah laman web e-dagang di Belanda, Mobiel.nl, telah mendedahkan tarikh Unpacked itu secara tidak sengaja, iaitu pada hari Rabu, 10 Julai 2024. Tarikh tersebut dipaparkan dalam sebuah gambar dan kini gambar itu telah pun dipadamkan selepas beberapa jam ia dipaparkan.

Pelancaran tersebut akan disiarkan secara langsung dalam laman web Samsung pada 10 Julai 2024. Ia mungkin akan dianjurkan di Paris kerana Samsung merupakan penaja utama untuk temasya sukan antarabangsa Olimpik 2024 yang dianjurkan di situ.

Sebagai rujukan, Galaxy Z Fold5 dan Galaxy Z Flip5 dilancar pada 26 Julai 2023, jadi kita boleh jangkakan waktu yang serupa untuk Fold6 dan Flip6 pada tahun ini.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk menonoton Samsung Galaxy Unpacked pada bulan Julai ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version