Terkini, terdapat sumber yang mendedahkan spesifikasi pelopor Galaxy Watch seterusnya, Samsung Galaxy Watch 2 (nama masih belum rasmi). Lebih menarik, jam tangan pintar ini dilaporkan bakal memiliki bezel yang boleh diputar.
Biasanya, bezel pada jam tangan yang boleh diputar ini adalah untuk menukar arah jam atau untuk menukar tetapan dan menu. Menurut pandangan peribadi kami, bezel yang boleh diputar ini agak memudahkan penggunaannya.
Terdapat juga pengesahan FCC yang memperlihatkan ukuran Galaxy Watch 2. Kelihatannya, ia lebih kecil dengan saiz 45mm dan 41mm berbanding Galaxy Watch sebelum ini. Lebih mengujakan, Galaxy Watch 2 mungkin hadir dengan badan titanium (harganya juga lebih tinggi berbanding aluminium atau keluli tahan karat).
Adakah anda memiliki Galaxy Watch dan mahukah anda menaik taraf kepada Galaxy Watch 2? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Gizchina

