Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Watch 5 mungkin dilancar pada Ogos ini, boleh ukur suhu badan

Samsung Galaxy Watch 5 dijangka menjadi keluaran jam tangan pintar Samsung yang seterusnya, selepas terdapat laporan baru yang mengeluarkan garis masa pelancaran dan cirinya. Menurut ETNews, Samsung Galaxy Watch 5 akan memperkenalkan fungsi termometer untuk memeriksa suhu badan anda.

Laporan mengatakan ciri itu bertujuan untuk mengesan tanda-tanda awal COVID-19, jangkitan lain dan kitaran ovum dalam badan wanita. Samsung membangunkan teknologi mengukur suhu badan dengan tepat tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran seperti cahaya matahari dan senaman.

Sumber turut mendakwa bahawa jam tangan pintar tersebut akan dilancarkan pada bulan Ogos tahun ini, iaitu lebih kurang sama sewaktu pelancaran Samsung Galaxy Watch 4 pada tahun lepas. Selain itu, Samsung juga mungkin akan menambah ciri termometer pada set Galaxy Buds seterusnya. 

Mereka akan menggunakan teknologi yang boleh mengukur gelombang inframerah yang dipancarkan dari gegendang telinga untuk mengambil bacaan suhu. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: Android Authority

Exit mobile version