Selain pelancaran Samsung Galaxy Fold6 dan Galaxy Flip 6, Samsung turut melancarkan Galaxy Watch Ultra bersaiz 47mm dengan kemasan Titanium. Seperti varian standard, ia juga akan menampilkan kaca nilam di hadapan dan kaca 3D di belakang. Baterinya berkapasiti 590mAh dan dilengkapi sambungan Bluetooth dan 4G secara serentak.
Selain itu, ia juga menawarkan sehingga 100 jam dalam Penjimatan Kuasa dan 48 jam dalam mod Penjimatan Kuasa Latihan. Beberapa ciri penting lain termasuk Butang Pantas di mana anda boleh memulakan dan mengawal senaman langsung serta memetakan fungsi lain untuk memenuhi keperluan anda. Anda juga boleh mengaktifkan Siren Kecemasan untuk keselamatan.
Skrinnya hadir dengan paparan Super AMOLED yang mempunyai kecerahan puncak 3,000 nits. Zon HR Peribadi pula boleh menetapkan senaman pada tahap optimum berdasarkan keupayaan fizikal anda. Galaxy Watch Ultra dikuasakan oleh cipset Exynos W1000, RAM 2GB dan storan 32GB. Galaxy Watch Ultra tersedia dalam tiga warna iaitu Titanium Grey, Titanium Silver dan Titanium White.
Harga untuk peranti ini bermula dari RM3,399. Jika anda berminat, anda boleh melawat kedai sah Samsung terdekat. Galaxy Watch7 dan Galaxy Watch Ultra akan tersedia untuk pra-pesanan di Malaysia mulai 10 Julai 2024 dengan ketersediaan umum mulai 24 Julai 2024.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

