Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy Watch4 edisi Thom Browne didedahkan: Miliki reka bentuk eksklusif berharga ~RM3,350

Pada bulan lalu, Samsung telah mengadakan acara Samsung Unpacked Galaxy yang menyaksikan syarikat tersebut melancarkan Galaxy Z Flip3 dan Galaxy Z Fold3. Namun, dalam pada masa yang sama, Samsung juga telah menghasilkan bundle edisi Thom Browne bagi kedua-dua model telefon ini. Untuk pengetahuan, bundle tersebut merangkumi Galaxy Watch4 dan sepasang Galaxy Buds2.

Mungkin mustahil untuk memiliki kerana harganya yang agak tinggi. Galaxy Watch4 berharga $800 (~RM3350). Ianya tersedia dalam tiga pilihan tali yang direka khas oleh Thom Browne dan wayar pengecas dengan corak tiga jalur warna.

Galaxy Watch4 edisi istimewa ini mempunyai kemasan berkilat dan terdapat lima pilihan paparan latar belakang yang direka khas oleh Thom Browne.

Samsung Galaxy Watch4 Classic Edisi Thom Browne akan dijual dalam jumlah yang terhad di laman web Samsung bermula 29 September ini. Melalui video rasmi mereka, anda dapat melihat Samsung Z Flip3, Z Fold3, Galaxy Buds2, Galaxy Watch4 dan Galaxy Watch4 Classic dalam Edisi Thom Browne.

Teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. Adakah anda teruja dengan pelancaran koleksi Samsung terbaru ini? Beritahu kami di laman Facebook sekarang.

Sumber:GSMArena

Exit mobile version