Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy XCover 5 dilancar: Telefon lasak, bateri boleh tanggal berharga ~RM1,402

Beberapa hari yang lepas, Samsung telah mengumumkan kehadiran peranti tahan lasak baharu dalam industri telefon pintar lasak. Samsung Galaxy XCover 5 diumum dengan perlindungan terhadap persekitaran berdebu, tahan air dan beberapa spesifikasi menarik.

Memandangkan ia adalah sebuah telefon tahan lasak, maka ia tidak memfokuskan kepada prestasi. Sebaliknya, ia memfokuskan kepada ciri tahan lasak seperti rating IP68 dan fungsi Glove Touch yang membenarkan pengguna menyentuh skrin walaupun menggunakan sarung tangan. Anda boleh menyemak spesifikasi pentingnya seperti di bawah.

Menurut Samsung, Galaxy XCover 5 bakal dijual bermula bulan ini (Mac 2021) di beberapa pasaran tertentu sahaja. Kami tidak pasti jika ianya bakal dijual secara rasmi di pasaran Malaysia.

Sebagai rujukan, harga Samsung Galaxy XCover 5 di pasaran Belgium adalah 290 Euro (~RM1,407). Adakah anda berminat dengan telefon tahan lasak baharu ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version