Samsung secara rasmi telah memperkenalkan Galaxy XR iaitu peranti pertama berasaskan platform Android XR hasil kerjasama bersama Google dan Qualcomm. Ia direka sebagai peranti AI-native yang membawa pengalaman terimbuh (XR) untuk menyatukan dunia nyata dan maya dalam bentuk set kepala yang ringan, ergonomik serta selesa dipakai lama.
Galaxy XR dikuasakan Snapdragon XR2+ Gen 2 dengan multimodal AI Gemini yang membolehkan interaksi semula jadi melalui suara, pandangan dan gerakan tangan. Pengguna boleh menggunakan Google Maps 3D, menonton YouTube dengan maklumat tambahan masa nyata atau menggunakan Circle to Search untuk mencari maklumat hanya dengan melingkar objek di hadapan.
Galaxy XR menampilkan paparan 4K Micro-OLED, sokongan AI gaming dan sukan serta keupayaan menukar foto dan video 2D menjadi 3D. Bateri berasingan memastikan keselesaan dan mampu bertahan sehingga 2.5 jam penggunaan berterusan.
Ia dibina di atas ekosistem OpenXR yang menyokong aplikasi Android sedia ada dan mudah diadaptasi oleh pembangun melalui WebXR serta Unity. Dijual pada harga USD1,799.99 (~RM7,610), Galaxy XR menjadi langkah pertama Samsung dalam membina ekosistem XR lengkap termasuk perancangan ke arah AI Glasses pada masa depan.
Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan Galaxy XR dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Samsung

